Saturday, October 2, 2010




Ahad, pihak CSU selamat membuat satu lagi penghantaran mesin 2 dalam 1 ke Kelantan. Ia merupakan satu perjalanan yang jauh dan mencabar dengan hujan yang lebat dan kesibukan lalulintas. Walaupun terlewat 1 hari dari masa yang dicadangkan (terpaksa tidur di Kuala Lipis) namum begitu dengan izin Allah s.w.t, CSU selamat sampai dengan selamat dan dapat membuat penghantaran mesin dalam keadaan yang baik pada keesokan harinya. Mesin ini adalah tempahan yang dibuat oleh pengusahan cendawan KulatKelate AGRIWAY NETWORK SDN BHD iaitu En. Hasmi yang menjalankan perusahaan cendawan di Melor dearah Kota Bharu. Pihak CSU mengucap ribuan terima kasih kepada En. Hasmi (Abang Mi) kerana berkeyakinan dengan kualiti mesin pengeluaran pihak CSU. Pihak kami juga mengucapkan terima kasih kerana mendapat pandangan dan cadangan yang baik daripada Abg. Mi untuk menambahbaikkan mesin-mesin pengeluaran CSU dari segi penambahan keselesaan semasa membuat bagging. CSU berharap dan berdoa agar perusahaan Abg. Mi akan berkembang pesat dengan jayanya. AMIN

Saturday, May 15, 2010